Sunday, 16 November 2014

Kuih koci dan kuih waday

23 Muharram 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Hi SEMORANG. Hari ini Bonda gigih menyiapkan kuih koci dengan kuih waday untuk tempahan customer esok. Ada seminar katanya.

So, malam ni siapkan dulu kuih-kuihnya esok baru Bonda kukus dan goreng. 9.00 malam Bonda tengah settlekan kuih koci dulu. Masuk fridge pastu kukus esok.

Lepas tu baru buat doh kuih waday. Jemput tengok.



Ada juga customer tanya Bonda buat kuih apa untuk hari khamis. Sebab diorang nak sedekah sikit kat masjid atau surau. Tapi Bonda tak deliver pada diorang. Bonda just buat then sedekahkan dekat masjid atau surau berhampiran Bonda atas nama customer tersebut.

Sesiapa yang nak join sekali boleh jer. 

Normally Bonda buat 50 biji kuih untuk satu tempahan which cost RM 20.00 per order. So, kalau case join venture ni, genap RM 20.00 Bonda kira 1 order. Let say Aminah bank in RM 10.00 untuk order ni. Bonda tunggu yang bank in RM 10.00 untuk Bonda kumpulkan dalam 1 order. Kalau tak ada, Bonda masukkan jer dalam 1 order lain yang supaya jumlahnya RM 30.00.

Ada juga yang direct bank in RM 20.00 atau RM 30.00. Boleh jer mana pun. Kita buat dia, bukan dia buat kita. Ya tak?

Kalau ada pertanyaan, contact anak Bonda Ali di talian 012-6463863

Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment