Wednesday, 26 November 2014

Sibuk sesibuk-sibuknya

4 Safar 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Hamsamida Hamsamida

Bonda busy yang amat lately. Banyak sangat tempahan hari bebudak cuti sekolah, rombongan Cik Kiah sampailah ke lauk pengantin. Minta maaflah bebanyak semua. Bonda ni pun cecuri masa nak mengupdate blog KATERING BONDA ni.

Untuk tempahan yang lepas tengkiu Bonda ucapkan pada customer Bonda. Harap semua berpuas hati dengan servis Bonda.

Tempahan hari ini, Nasi ayam special. Untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau cadangan hubungi En Ali di 012-6463863

Sunday, 16 November 2014

Kuih koci dan kuih waday

23 Muharram 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Hi SEMORANG. Hari ini Bonda gigih menyiapkan kuih koci dengan kuih waday untuk tempahan customer esok. Ada seminar katanya.

So, malam ni siapkan dulu kuih-kuihnya esok baru Bonda kukus dan goreng. 9.00 malam Bonda tengah settlekan kuih koci dulu. Masuk fridge pastu kukus esok.

Lepas tu baru buat doh kuih waday. Jemput tengok.



Ada juga customer tanya Bonda buat kuih apa untuk hari khamis. Sebab diorang nak sedekah sikit kat masjid atau surau. Tapi Bonda tak deliver pada diorang. Bonda just buat then sedekahkan dekat masjid atau surau berhampiran Bonda atas nama customer tersebut.

Sesiapa yang nak join sekali boleh jer. 

Normally Bonda buat 50 biji kuih untuk satu tempahan which cost RM 20.00 per order. So, kalau case join venture ni, genap RM 20.00 Bonda kira 1 order. Let say Aminah bank in RM 10.00 untuk order ni. Bonda tunggu yang bank in RM 10.00 untuk Bonda kumpulkan dalam 1 order. Kalau tak ada, Bonda masukkan jer dalam 1 order lain yang supaya jumlahnya RM 30.00.

Ada juga yang direct bank in RM 20.00 atau RM 30.00. Boleh jer mana pun. Kita buat dia, bukan dia buat kita. Ya tak?

Kalau ada pertanyaan, contact anak Bonda Ali di talian 012-6463863

Jumpa lagi

Friday, 14 November 2014

Satay dan otak-otak

22 Muharram 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Busy Bonda lately ni. Esok ada order satay dengan otak-otak untuk family day satu syarikat tu.



Sebenarnya, nasib juga ada order dari syarikat tu sebab Bonda lupa nak masukkan satay ngan otak-otak dalam menu yang KATERING BONDA tawarkan.

Jadi, in case ada yang nak try satay ngan otak-otak Bonda, bolehlah direct call En. Ali di 012-6463863

Perkhidmatan bakar dirumah pun turut Bonda sediakan. Best kan?

Tuesday, 11 November 2014

Resepi kuih karipap kentang

18 Muharram 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Hi SEMORANG. Apa khabar? Hari ni Bonda tak berapa nak busy and tangan plak rasa macam gatal nak mimicit keyboard ni. So, ingat nak share resepi kuih karipap Bonda. Mana taw ada yang rajin nak buat minum petang kan.

Kacang je nak buat karipap ni. Step dia :-

  1. Sediakan inti karipap
  2. Sediakan kulit karipap
  3. Gentel dan goreng
  4. Ngap 
Ha senang je kan? Selamat mencuba.

PENYEDIAAN INTI KARIPAP

Bebahan

3 biji kentang dipotong dadu
1 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
10 gram ikan bilis ditumbuk halus
3 tangkai daun sup dihiris halus
50 gram serbuk kari
2 cawan air
Garam, gula dan penambah rasa secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, serbuk kari sehingga garing. 
  2. Masukkan ikan bilis, kentang dan tambahkan air.
  3. Masukkan garam, gula dan penambah rasa.
  4. Masukkan daun sup setelah kentang empuk
PENYEDIAAN KULIT KARIPAP

Bebahan

250 gram cawan tepung gandum
50 gram mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
Air secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Masukkan tepung, baking powder dan garam ke dalam 1 bekas besar dan gaul sebati.
  2. Panaskan mentega hingga cair dan masukkan ke dalam bekas tepung tadi.
  3. Gaul dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehinnga doh menjadi senang diuli.

Gelek doh menjadi leper, letakkan inti dan lipat doh. Gentel dan goreng. Kalau ada baki, boleh simpan frozen dan goreng bila rasa mengidam tu datang balik. Gudlak

Monday, 10 November 2014

Perkhidmatan Katering Bonda


17 Muharram 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni baru sempat Bonda nak bebetul start jadi blogger untuk blog KATERING BONDA ni. Haharap post kali ni dapatlah menjadi pembukaan yang baik untuk kita semua.

Di KATERING BONDA, Bonda menyediakan pelbagai jenis makanan. Bermula dari breakfast, lunch, hi-tea, sehinggalah dinner dan supper. Semua makanan ditawarkan pada harga yang sesangat berpatutan.

Antara menu yang biasa menjadi pilihan pelanggan Bonda :-

  1. Kuih-muih 
  2. Mi/Kuey Teow/Bihun goreng
  3. Nasi lemak
  4. Sandwich
  5. Nasi berlauk
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi pegawai pemasaran Bonda di talian 012-6463863 (En. Ali)

Semoga berjumpa lagi.

Thursday, 6 November 2014

Mukadimah

11 Muharam 1436 H

Assalamualaikum w.b.t

Hari pertama Katering Bonda mempunyai blog. Hooray.

Haharap dapatlah Bonda meluaskan business Bonda.